Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2026

Menyantuni Mangsa Kebakaran Kg Gok Kapor Kota Bharu

 Hari ini (9.6.2026) kami berkesempatan menyantuni mangsa kebakaran di Kg Gok Kapor. Sejak semalam lagi Team Unit Bencana telah turun membantu mangsa dari segi keperluan asas. Hari ini pula kami membantu dari sudut pendaftaran MyIBJKM dan bayaran Tabung Bantuan Segera.  Penatnya memang terasa mengalahkan angkat batu bata. Kami juga berbesar hati menerima kunjungan YB Dato' Rohani Binti Ibrahim (Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan). Turut hadir Tuan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti serta pegawai dan kakitangan JKMN Kelantan. Sebelum itu, kami ingin mengucapkan salam takziah buat semua mangsa. Ujian daripada Allah ini pasti ada hikmah yang Allah ingin berikan.  Bau asap terbakar bercampur dengan bau yang sukar digambarkan benar-benar menyentuh hati melihat kemusnahan yang berlaku. Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan kediaman ini. Syukur Alhamdul...

Filem Disaster Holiday

Jom layan Disaster Holiday , sebuah filem komedi keluarga dari Afrika Selatan yang ringan tetapi mempunyai mesej mendalam tentang keluarga, kejujuran dan keseimbangan hidup. Filem ini mengisahkan Joseph, seorang ayah yang terlalu sibuk bekerja sehingga hubungannya dengan anak-anak semakin renggang. Dia cuba “menggabungkan” urusan kerja dengan percutian keluarga, tetapi akhirnya semuanya menjadi huru-hara. Namun, pengakhirannya sangat menyentuh hati dan penuh happy ending. Apa yang menarik tentang filem ini ialah elemen kekeluargaan yang sangat dekat dengan realiti kehidupan. Ramai pasti boleh relate dengan watak Joseph terlalu fokus pada kerja sehingga terlepas momen penting bersama keluarga. Komedi dalam filem ini pula santai dan tidak berlebihan. Banyak situasi kelam-kabut sepanjang road trip mereka yang mencuit hati dan membuat penonton tersenyum. Pemandangan di Afrika Selatan juga sangat cantik, terutama suasana di Durban yang memberi vibe “holiday movie” yang menyeronokkan. Te...

Tular Kisah Paha Ayam: Salah Ke Kalau Kita Ada Bahagian Kegemaran?

Tular kisah paha ayam. Hadoi... Risau pulak che kak. Che kak kalau nak makan ayam terutama lauk ayam goreng pasti akan minta paha ayam. Biasanya che kak request dengan elok-elok tau. Nok poho aye buleh? Setakat ni, kebanyakan kedai okey je. Kalau tertukar, che kak tanya balik dengan baik.  Kalau memang dah habis, kedai pun biasanya akan maklum dan tanya nak ganti bahagian lain tak. Che kak makan je bahagian lain tu. Takde la sampai nak marah-marah atau bergaduh. Bagi che kak, tak salah pun kalau kita ada bahagian kegemaran. Tak payah la nak gaduh-gaduh kerana paha ayam. 

Cara Mudah Cukupkan 40 Jam Kursus Penjawat Awam Secara Online

Bulan lepas memang risau juga sebab jam kursus masih tak bergerak-gerak. Fikir juga macam mana nak cukupkan 40 jam dan nak “cekau” sijil kursus 😅 Rupanya Jabatan Pembangunan Wanita melalui PPWN negeri masing-masing banyak menyediakan kursus secara online. Setiap kursus pula bernilai 1 jam. Memang marathon jugalah tengok kursus sambil sentiasa berjaga-jaga dengan QR sijil penyertaan. Ada yang berjaya dapat sijil, ada juga yang terlepas 😆 Kursus JPW ni boleh didaftarkan melalui sistem iJPW. Dalam tu memang banyak pilihan kursus yang menarik. Selain itu, sempat juga join kursus daripada Institut Sosial Malaysia dan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat. Akhirnya bukan setakat cukup, malah jam kursus terus berlebih-lebih pula 😂 Ketua Unit kami pun ada kongsikan kursus melalui sistem eLatih. Che Kak cuba daftar dan tengok kursus yang ditawarkan memang menarik. Hanya perlu tonton video dan masa pun fleksibel. Siapa yang masih belum cukup jam kursus tu, bolehlah cu...

Bagaimana Nak Mulakan Kerja Balik Selepas Cuti Panjang?

Seminggu bercuti. Banyak perancangan tergendala. Tapi okey je. Raya cara kita. Che kak ambil peluang cuti panjang untuk kemas kini blog. Ada dua ebook lagi yang masih tertangguh nak siapkan. Entah bila nak rajin sambung buat 😆 Semalam dah mula kerja balik. Lemau weiii. Tapi bila tengok fail berderet di tepi dinding, terpaksa juga kuatkan semangat. Minit fail ni memang perlukan kerajinan tahap kuasa dua 😅 Tiba-tiba Kak Na call tanya boleh tak tukar duty kaunter. Tak sampai hati pula bila kawan minta tolong, lagipun kebetulan tak ada tugasan urgent. Alhamdulillah semalam klien pun tak ramai. Masih boleh handle dan melayan dengan tenang. Ada cerita sebenarnya… tapi nanti Che Kak cerita lain kali la. Itupun kalau rajin nak menulis 😜 Hari ini sambung siapkan minit fail juga. Prosesnya bukan semudah sign je tau. Sambil-sambil update sijil kursus dalam HRMIS. Alhamdulillah, setakat ni dah capai KPI #PemburuSijilKursus40Jam 😆 Ada rezeki dapat hadiah best 🤲 Laporan bulanan pula che kak dah...

Kasih Yang Disemai, Itu Yang Dituai

Mendapat gelaran ibu bukanlah tiket untuk kita menunjukkan kuasa kepada anak-anak. Ia adalah amanah dan tanggungjawab untuk mendidik supaya anak-anak menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini. Gelaran ibu tiri juga bukan alasan untuk membezakan kasih sayang. Jangan pisahkan kasih sayang anak-anak dengan bapanya. Jangan ditunjuk rasa benci pada anak-anak tiri.  Anak-anak tidak pernah menidakkan jodoh ibu bapa mereka, malah reda jika itu yang terbaik. Namun, apa yang melukakan hati mereka ialah pergaduhan yang berpanjangan sehingga anak-anak terabai dari pelbagai aspek, lalu menimbulkan kekecewaan dan hubungan yang semakin renggang.  Kadang-kadang kasih anak tiri kepada ibu tiri melebihi kasih ibu kandung. Buat ibu mentua pula, apabila menerima menantu jangan terlalu mengharapkan mereka mengikut sepenuhnya cara hidup dan peraturan kita.  Jangan mudah memburukkan menantu kerana suatu ketika dahulu kita juga pernah bergelar menantu kepada seseorang.  Jangan ada sikap p...

Falsafah Di Sebalik Pucuk Kunyit Yang Tumbuh

Sambil temankan suami baiki pam enjin air, che kak sempat juga menjenguk pasu-pasu kunyit yang ditanam dulu. Ada satu pasu besar tu, sebelum ni tanam kangkung. Subur bukan main. Lepas kangkung habis, che kak cuba pula tanam kunyit. Tapi langsung tak menjadi. Tak tumbuh-tumbuh. Sudahnya che kak biarkan saja. Hari ni, sambil buang rumput dalam pasu tu, tiba-tiba nampak pucuk kunyit keluar. Eh… elok pula kau nak hidup sekarang ye.  Padahal che kak dah lama tak peduli dah. Gambar janaan AI Mungkin sebab itu juga che kak 'terjumpa' pucuk kunyit tu hari ni. Kebetulan pula che kak memang tengah down seminggu dua ni dan agak buntu dengan masalah hidup. Kadang Allah tunjuk jawapan melalui benda kecil yang kita nampak depan mata. Kadang-kadang kita terlalu cuba betulkan semuanya. Terlalu paksa hidup ikut apa yang kita rancang. Sedangkan ada waktunya, bila kita lepaskan dan biarkan saja, hidup akan bergerak perlahan-lahan dengan caranya sendiri. Macam pokok kunyit ni juga. Diam-diam dia h...

Ucapan Sempena Hari Lahir Suami Yang Ke 48 Tahun

Hari ini ulangtahun suami che kak yang ke-48. Semoga suami che kak sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah. Tak tahu nak tulis apa kali ni. Rasa macam ulang ucapan yang sama setiap tahun. Tapi bila dikenang kembali terlalu banyak perkara tentang beliau yang buat hati ini bersyukur. Teringat suatu ketika di awal perkahwinan kami. Beliau pernah kata, dalam hati abang, umi tetap nombor satu. Setiap tahun abang mahu beraya di rumah umi dulu. Che kak turutkan saja, sebab tahu beliau membalas lebih daripada itu. Begitu juga masa awal-awal kahwin dulu. Che kak terkejut bila tengok beliau menangis selepas menjawab panggilan telefon daripada adiknya. “Kenapa bang?” Risau juga dibuatnya. Ingatkan ada kematian. Dalam tersedu-sedu beliau bercakap, adiknya yang sedang belajar tiada duit untuk beli makanan. Dulu mana ada online banking. Bukan semua bank ada mesin deposit pula tu. Pernah juga che kak tanya, “Abang saye saya dop?” Beliau jawab, “Tok soh duk tanyo soale bodo. Kalu abang tok saye, la...

Sinopsis Diary of a Wimpy Kid: Dog Days

Best juga filem ni. Rupanya ia diadaptasi daripada siri buku popular Diary of a Wimpy Kid. Komedi dia ringan dan santai, memang sesuai untuk tontonan keluarga serta remaja. Kalau suka filem komedi keluarga yang tidak terlalu serius, filem ini memang menghiburkan. Kekuatan utamanya terletak pada humor harian dan situasi remaja yang sangat relatable berbanding aksi atau drama berat. Filem ini mengisahkan cuti musim panas Greg Heffley yang pada awalnya dia bayangkan penuh keseronokan bermain permainan video, bersantai dan mengelakkan aktiviti luar. Namun, rancangan Greg mula jadi huru-hara apabila ayahnya, Frank Heffley, mahu dia menjadi lebih aktif dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, Greg cuba menarik perhatian Holly Hills sambil berdepan pelbagai masalah lucu bersama sahabat baiknya, Rowley. Banyak kejadian memalukan berlaku, termasuk di country club, taman air dan ketika menjaga anjing keluarga bernama Sweetie. Walaupun dipenuhi komedi dan situasi canggung, cerita ini tetap mem...

Movie Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules

Hari ni berkesempatan tengok Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules. Best juga tengok movie ni. Che kak memang suka cerita komedi kanak-kanak dan keluarga. Memang gelak je dari awal sampai dekat-dekat habis. Tapi hujung-hujung tu touching pula. Kisah tentang Greg Heffley, budak sekolah menengah yang cuba survive kehidupan sekolah dan masalah keluarga, terutama hubungan benci tapi sayang dengan abang dia, Rodrick. Rodrick pula memang jenis remaja malas, suka menyakat Greg dan obses dengan band rock dia, Löded Diper. Watak dia memang mencuri perhatian, sarkastik, selekeh, tapi dalam masa sama nampak dia sebenarnya sayang adik dia juga. Mak mereka pula suka menulis kisah parenting untuk surat khabar. Bila ibu bapa cuba paksa dua beradik ni jadi rapat semula, bermulalah pelbagai situasi memalukan dan kelakar. Yang best tentang movie ni, lawaknya rasa relatable. Banyak situasi adik-beradik yang nampak real dan familiar. Humor dia sesuai untuk remaja dan orang dewasa juga. Family movie ya...

Tanda Anda Sudah Memasuki Era “Underconsumption”

Che kak tertarik dengan gambar ini kerana sangat relatable dengan kehidupan dan diri che kak sendiri. Dalam dunia hari ini, budaya membeli sering dianggap sebagai simbol kejayaan dan gaya hidup moden. Setiap minggu ada sahaja trend baharu, promosi besar-besaran dan produk “wajib ada” yang muncul di media sosial. Namun, semakin ramai orang kini mula beralih kepada satu gaya hidup yang lebih sederhana dan bermakna yang dikenali sebagai underconsumption . Konsep ini bukan bermaksud kedekut atau menolak keselesaan hidup. Sebaliknya, ia menggalakkan kita menggunakan apa yang sudah ada dengan lebih bijak, membeli hanya apabila perlu dan menghargai nilai sesuatu barang sebelum menambah yang baharu. Gambar ini menunjukkan beberapa tanda seseorang sudah mula memasuki era underconsumption . 1. Tidak kisah mengulang pakaian yang sama Che kak tak berasa malu untuk memakai outfit yang sama berulang kali. Baju yang sama juga dipakai untuk pergi ke pasar, bercuti, menghadiri kenduri dan sebagain...

Mengapa Warga Emas Tinggal di Rumah Kebajikan?

Ada banyak sebab mengapa sesetengah anak enggan atau tidak mampu menjaga ibu bapa yang sudah tua sehingga mereka tinggal di rumah kebajikan.  Keadaan ini biasanya bukan berpunca daripada satu faktor sahaja. Tetapi gabungan tekanan hidup, hubungan keluarga, emosi dan keadaan sosial. Gambar janaan AI Antara sebab yang sering berlaku: 1. Hubungan keluarga yang sudah lama bermasalah Ada anak yang membesar dalam suasana penuh konflik, penderaan, pengabaian atau kasih sayang yang tidak seimbang. Bila dewasa, mereka sukar membina hubungan rapat dengan ibu bapa semula. Luka lama kadang-kadang masih belum sembuh. 2. Tekanan ekonomi dan kos hidup Menjaga warga emas memerlukan masa, tenaga dan wang terutama jika ibu bapa sakit, terlantar atau mengalami penyakit seperti Dementia atau Alzheimer's disease. Ada anak yang sendiri bergelut dengan hutang, pekerjaan tidak stabil atau membesarkan anak kecil. 3. Kurang pengetahuan dan kemampuan menjaga warga emas Tidak semua orang tahu cara mengurus or...

Surat Terbuka Dari Kakak Ipar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Surat terbuka ini saya tulis dengan setulus hati buat adik-adik ipar saya, iaitu adik-beradik suami saya. Sebagai seorang kakak ipar, saya akui saya gagal menjadi kakak ipar yang baik di mata kalian semua. Sebagai menantu pula, saya juga tidak mampu menjadi seperti yang diharapkan oleh mentua saya. Selama 23 tahun saya bertahan dan bersabar demi menghormati kedua ibu bapa suami saya. Saya juga kuat kerana masih mempunyai ipar duai yang baik dan sentiasa menjaga hubungan sesama keluarga. Namun saya sedar sejak awal perkahwinan lagi saya sering dipandang dengan buruk sangka. Sehinggalah saya berada di titik paling rendah sebagai seorang menantu, saya sudah tidak lagi mampu menghadapi sikap narsis yang terlalu memberi tekanan kepada emosi dan mental saya. Akhirnya saya memilih untuk mengundurkan diri seketika demi memulihkan emosi dan ketenangan diri. Tetapi saya dan suami langsung tidak menyangka apabila adik-adik ipar juga memilih untuk berdia...