Sekali-sekala beli makanan di vendor dessert RM3 di Lotus.
Setakat ni memang tak pernah beli satu. Confirm terbeli lebih 😆
Salah satu menu kegemaran che kak ialah Laksa Penang Kg Wakaf Stan. Sedap, cukup rasa masam dan masin, paling penting tak manis. Maklumlah, trademark Kelantan ni kebanyakan makanan manis.
Memang putus angin kalau makanan jadi manis padahal bukan sifat asal makanan tu 😅
Sampai teringat-ingat laksa Penang ni. Sanggup repeat beli dan tak makan nasi waktu tengah hari.
Kawan rapat memang tahu che kak susah nak berpisah dengan nasi 😂
So far korang jangan beli banyak sangat tau, nanti che kak nak beli dah habis pula ðŸ¤
Ada satu lagi menu popia begedil. Kulit dia macam lempeng, tapi bukan kulit popia biasa.
Sambal kicap dia memang sedap. Che kak yang kurang gemar sambal kicap pun sanggup tahan pedas sebab nak cicah juga.
Yang suka komen dan kritik makanan tu, jangan try ya. Tekak masing-masing tak sama.
Yang penting, kita enjoy makanan yang kita suka ❤️


Comments
Post a Comment