Skip to main content

Ke Mana Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM?

Hari ini telah keluar tawaran melanjutkan pelajaran buat lepasan SPM. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya, termasuk abe Aulia’ juga. ❤️


Namun, abe Aulia’ tetap memilih untuk meneruskan pengajian di KPTM.


Che kak sebagai ibu sentiasa menyokong minat dan keputusan anak, walau di mana pun dia memilih untuk sambung belajar.


Asalkan anak selesa dengan pilihan sendiri dan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.


Bak kata orang, “asalkan nok ngaji.” 😊


Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Maklumat boleh diperoleh dengan lebih mudah dan mendalam sebelum membuat keputusan.


Anak-anak juga lebih terbuka untuk mencari kursus yang sesuai dengan minat dan peluang kerjaya pada masa akan datang.


Berbeza dengan dulu-dulu, terima sahaja tawaran yang ada kerana semangat untuk belajar itu memang kuat.


Semoga setiap langkah semua pelajar dipermudahkan, diberi ilmu yang bermanfaat, dipertemukan dengan orang-orang yang baik dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. 


Semua ibu bapa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak. 🤲🏻

Comments