Cerita Pasal Jam: Tragedi & Misteri Si Penunjuk Waktu


Dah lama betul tak menjenguk muka buku ni. Entah sibuk dengan apa pun tak tahu… malas pun ye jugak sebenarnya. Banyak benda nak dikongsi tapi itulah, mood menulis ni macam biskut kejap ada, kejap tak ada.
Kali ni, che kak nak cerita pasal jam tangan.
Dari zaman sekolah lagi, tak tahulah kenapa jam tangan ni "alergi" sangat nak duduk elok-elok kat pergelangan tangan che kak. Kalau tak ghaib entah ke mana, mesti ada orang pinjam tapi buat-buat lupa nak pulang. Pernah sekali, che kak beli jam kat expo masa konvo USM. Pagi beli, belum pun masuk waktu petang dah jahanam. Tragis sungguh!
Disebabkan badi tu, che kak memang dah terbiasa hidup tanpa jam tangan. Tapi jangan main-main, walaupun tak pakai jam, che kak ni seorang yang sangat menepati masa. Janji tetap janji. Che kak memang pantang dengan orang yang jenis suka janji melayu. Rasa macam… "Eh, awak ingat masa saya ni tak berharga ke?"
Teringat masa tunai umrah kat Mekah tahun 2018 dulu. Nak tak nak, terpaksa juga beli jam sebab bateri telefon asyik kong. Teraba-raba tak tahu waktu. Bila tanya kat pak Arab, "Jam ni berapa harga?", dia jawab, "Mahal." Che kak tanya balik, "Mahal tu berapa?"
Sudahnya, sebab bajet pun ciput masa tu, che kak tanya direct jer, "Ada jam harga 50 riyal tak?" Dapatlah seutas. Tapi itulah, bila kat tanah suci ni, kita kena jaga betul-betul kata-kata dan hati. Kadang-kadang lintasan dalam hati pun boleh jadi kenyataan cash.
Masa pakai jam tu, che kak sempat niat dalam hati, "Harap-harap jam ni eloklah sampai Malaysia."
Kuasa Allah, elok je kaki jejak lantai KLIA, jam tu terus mati! Tukar bateri baharu pun tetap tak jalan. Lepas tu, ghaib pula entah ke mana. Nak buat kenangan pun tak sempat. Misteri betul.
Dipendekkan cerita, kalau suami bawa pergi kedai jam suruh pilih sendiri, memang che kak jadi blur. Tak reti nak pilih. Sudahnya, keluar kedai dengan tangan kosong. Kadang-kadang tengok jam orang lain cantik, tapi hati kecil ni selalu berbisik, "Ala… jam je kot. Nak beli mahal-mahal pun sayang duit."
Tapi… dipendekkan cerita, semalam Pok Nik offer jam ni hah. Maka, selamatlah dia "mendarat" dengan manisnya di pergelangan tangan che kak. Setakat saat ini… alhamdulillah, masih bernyawa lagi. Hehe. Korang rasa bertahan berapa lama kali ni?





No comments:

ads
Powered by Blogger.