Rezeki Durian Bedebuk Dari Kebun
Alhamdulillah, rezeki tahun ini dapat juga merasa makan durian fresh terus dari ladang. Pengalaman kali ini memang sangat bererti dan berbeza.
Bukan setakat makan, tetapi kami dapat merasa sendiri pengalaman mengutip buah durian yang baru gugur, duduk makan di atas batang kayu sambil melayan suasana kebun yang cukup menenangkan.
Paling syok, dapat dengar sendiri bunyi buah durian jatuh... bedebuk! Memang puas hati. Walaupun ini kebun milik kenalan suami, layanannya tetap membuatkan kami rasa sangat dihargai.
Dipendekkan cerita, kebun durian ini terletak di seberang sungai. Jadi, kami terpaksa menaiki perahu kecil untuk ke sana. Masa ini, Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati. Orang kata "berdebar tahap gaban". Padahal Gaban pun rileks aje bila lawan raksasa.
![]() |
| Perahu ke kebun durian |
Mana tidaknya, waktu itu che kak memakai jubah kembang Sabella. Kasut pula? Haa... itulah kasut kerja yang dibawa masuk kebun. Sudahlah berselut di tepi sungai.
Tapi nak buat macam mana, itulah satu-satunya kasut 'multi-purpose'. Kasut itulah buat pergi kerja, pergi pasar, jalan-jalan ke Kuala Lumpur, balik Kedah sampailah ke kenduri kahwin. Redah sajalah!
Selesai di kebun pertama, kami berkesempatan pula ke satu lagi kebun. Kebun yang ini pula jenis yang terletak di sekeliling rumah sahaja. Sungguh nikmat dapat makan durian dalam suasana kampung sebegini.
Terima kasih buat suami yang sangat memahami kesukaan isterinya. Entahlah, mungkin dia baca cerpen "Rumah Tua di Hujung Dusun". Kalau uols nak baca, ada di platform ebook cerpen
Dalam kesibukan makan durian dan bersembang dengan tuan rumah, si Awaatif pula melayan anak biri-biri minum susu botol. Nampaknya dalam kalangan anak kami, Awaatif seorang sahaja yang mewarisi minat terhadap haiwan.
![]() |
| Anak kambing biri-biri minum susu |
Mungkin sebab dia sudah terbiasa melihat Abi dia pergi kerja cocok lembu dan kambing sebelum ini. Ulam raja mana tak tumpah kalau bukan ke dalam budu, betul tak?
Sebut pasal haiwan ternakan ini, che kak memang awal-awal lagi tak boleh nak 'bergaduh' atau membebel kat lembu-lembu sebab ada orang kuat yang menjadi back-up depa. Katanya, "Awok tok soh duk maroh ddio. Jaso dio boleh pero awok 23 tahun!" Pah, kito senyap je la.😆





No comments: