Cerpen Sulung

DIA BUKAN TAK SAYANG KELUARGA. DIA CUMA SUDAH TERLALU LAMA BERKORBAN.

SULUNG

Cerpen Sulung

Usianya baru 15 tahun ketika kematian ayah, memaksanya melupakan impian sendiri.

Sebagai Abang Long, Raizal mengambil tempat seorang ayah. Bekerja keras, membanting tulang, mengikat perut dan mengorbankan masa depan demi emak serta empat adiknya.

Dia membiayai kehidupan mereka, menghantar wang untuk pengajian adik-adiknya dan melindungi mereka ketika mereka disakiti.

Namun, apabila adik-adiknya sudah berjaya, Raizal masih di kampung sebagai buruh kasar.

Pengorbanannya dilupakan.

Kemiskinannya dipandang hina.

Cintanya kepada Salina pula dianggap sebagai satu kesalahan.

Sehinggalah pada suatu malam...

Raizal menyediakan singgang daging dengan penuh kasih sayang untuk kepulangan keluarganya.

Tetapi tiada siapa menyentuhnya. Hidangan itu terus dingin di atas meja.

Malam itu, hati Raizal juga berubah.

Buat pertama kali dalam hidupnya, dia memilih untuk berkata:

“Cukuplah.”

Bukan kerana dia membenci keluarganya. Tetapi kerana dia akhirnya sedar, dia juga berhak untuk hidup.

SULUNG — kisah tentang pengorbanan, keluarga, luka yang dipendam dan keberanian untuk melepaskan diri daripada tuntutan yang tidak pernah berakhir.

Kadangkala, orang yang paling banyak berkorban bukanlah orang yang paling dihargai.

Mungkin, tiba masanya untuk Abang Long memilih dirinya sendiri.

Untuk pembelian boleh klik  Cerpen Sulung

No comments:

ads
Powered by Blogger.