Kisah 12 Tahun, AdSense dan Cerpen Che Kak

Sehari dua ni, che kak sibuk betul mengemas blog. Pejam celik, rupanya dah 12 tahun usia blog peribadi ni. Lama kan? Blog ni la tempat che kak simpan segala cerita sendiri, suka duka dan memori lama. Contohnya Trip To Penang. Che kak share di facebook. 

Alang-alang dah tukar ke domain baru, che kak tukar sekali theme Blogger baru. Barulah ada semangat baru nak menulis!

Biasanya waktu kegemaran che kak nak mengedit blog ni adalah selepas solat Maghrib. Waktu tu suasana tenang sikit, anak-anak pun ada aktiviti masing-masing. Memang layan buat kerja santai-santai sambil tergolek atas sofa.

Tapi itulah, bila scroll balik cerita-cerita lama... ya ampun! Rasa malu pula sendiri. Terfikir juga, "Macam ni ke gaya aku menulis dulu?" 😆

Tapi che kak percaya satu perkara. Apa sahaja yang kita buat dalam hidup ni, semuanya bermula dengan langkah kecil. Kita cuma perlu percaya dan flow with the process. Dari penulisan yang "malu nak baca balik" itulah yang membentuk siapa kita hari ini.

Hasil bergodek dan membaca tutorial di Google, che kak memberanikan diri untuk memohon Google AdSense. Sekarang ni tengah fasa berdebar-debar tunggu jawapan dan kelulusan dari Google. Doakan che kak ya! Semoga ada rezeki lekat iklan kat blog baru ni nanti.

Sebab sibuk mengemas 'rumah' baru ni, jadual nak sambung tulis cerpen baru agak delay sedikit. Menulis cerpen ni pun che kak buat santai-santai je, tak mahu stres-stres.

Sambil-sambil tunggu cerpen baru siap, korang dah baca ke ebook cerpen che kak yang sebelum ni? Kalau belum, jemputlah beli dan baca.

Kebanyakan cerpen yang che kak tulis ni adalah versi adaptasi dari kisah benar. Ada sebahagiannya kisah che kak sendiri dan juga inspirasi daripada kisah orang sekeliling.

Che kak selalu bayangkan penulisan cerpen che kak ni macam lauk tom yam. Udang dan sotong asalnya dalam laut, ayam pula duduknya atas darat. Tapi bila kita campur, campak-campak dalam satu periuk dengan cukup asam pedasnya... terus jadi menu yang sangat sedap! 

Macam tu jugalah gabungan kisah benar dalam cerpen che kak.

Sekarang ni ebook che kak ada dijual di media sosial dan juga di platform myebook.com.my. Alhamdulillah, pemilik platform  sangat bermurah hati bagi slot percuma untuk karya che kak.

Korang yang nak membaca kisah santai versi tom yam ni, boleh terus klik pautan di bawah ya! Terima kasih atas sokongan korang selama 12 tahun che kak berblogging.

https://myebook.com.my/store/hasliza-mohd-sidek


No comments:

ads
Powered by Blogger.