Rakyat Menderita, Tok Ngulu Terbeban, Wakil Rakyat Beralasan

Kadang kadang rasa kesian pada tok ngulu. Serba serbi kena fikir masalah rakyat yang gelibang gelibu.

Walhal tok ngulu hanya perantaraan antara orang kampung dan wakil rakyat yang elaunnya ribu ribu.

Tanggungjawab wakil rakyat la untuk menyelesaikan masalah dan isu. 

Turun padang untuk santuni rakyat dan kurangkan birokrasi dan jangan hanya jenguk waktu kempen pilihanraya demi raih undi yang sangat bernilai pada masa itu.

Ada rakyat yang tidur di wakaf masjid dan apa solusi untuk bantu.

Ada anak-anak yatim ke sekolah tanpa wang saku.

Ada balu yang mati kutu. Nak niaga tiada modal nak beli gula, tepung untuk buat jualan cekodok labu.

Ada suami sakit tak leh kerja dan sewa rumah tak dapat bayar sebab dah tak mampu.

Ada warga emas terlentang dalam rumah yang busuk sebab tiada siapa yang nak tolong sapu. 

Belum lagi isu sumbang mahram sampai trauma si anak kecil dan malu nak bagitahu. Takut kena tuduh penipu.

Jangan enak saja tambah kereta baru. Panas pula dengar jawapan "saya tak dapat peruntukan" namun adakah tanggungjawab ternoktah setakat itu.



No comments:

ads
Powered by Blogger.