Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tahun 2026

Hari ini (14.10.2026) berkesempatan hadir program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tahun 2026 anjuran JKMN Kelantan dengan kerjasama PKMJ Kota Bharu.

Hadir sebagai urusetia dan dapat juga serba sedikit ilmu. Perkongsian yang sangat menarik dan tidak jemu.

Program berlangsung di dewan Yayasan Islam Kelantan, Tunjung yang sangat besar, bersih, selesa, sejuk dan nasib baik tak beku.

Nasi lemak menu sarapan dan nasi minyak @ hujan panas menu tengahari sangat sedap untuk peserta dan tetamu.

Pendaftaran kursus semuanya di hujung jari, sijil penyertaan pun terus masuk dalam email dan dapat menjimatkan kos beribu ribu.

Peserta terdiri daripada Penggawa, Penghulu, guru besar dan cikgu-cikgu.

Acara bermula dengan taklimat daripada Penyelaras Bencana PKMJ Kota Bharu.

Kami urusetia sibuk bantu pendaftaran dan agihkan goodies kepada peserta bahkan melekat bau wangi bajuku dan bajumu.

Cuba teka apa yang ada dalam beg goodies dan pasti ianya kesukaan ibu-ibu.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah dari JKM Putrajaya dan beliau tetap nampak muda seperti dulu.

Program diteruskan dengan sesi diskusi bersama NADMA, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, dikendalikan oleh moderator Puan Fathiah bagi mengupas isu-isu semasa serta tindakan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan usaha membantu.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Tuan Pengarah JKMN Kelantan sebagai pelengkap program, diikuti sesi bersama pihak media dan apabila kamera dihalakan sesekali, peserta kelihatan malu-malu.

Selesai majlis jam menunjukan jam dua petang, "Puan, kami ni kena balik ke pejabat juga ke atau boleh terus balik ke rumah?" Tanyaku tanpa segan silu.🫣

"Balik ke pejabat sebab peraturan kata gitu."

Lupa pula nak beritahu, sebelum meninggalkan dewan, kami sama-sama bergotong-royong mengemas dewan sehingga lantainya bersih dan bebas daripada debu.

Alhamdulillah, selesai satu tugasan dan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan selalu.
























No comments:

ads
Powered by Blogger.