Kita "Watak Jahat" Dalam Cerita Orang? Tak Apa, Jom Fokus Bahagia Sendiri
Pernah tak korang rasa penat sangat? Bukan penat fizikal sebab buat kerja berat, tapi penat mental. Hari-hari yang buat kita rasa down, moody atau tiba-tiba rasa shaking sebab tekanan hidup yang datang bertubi-tubi.
Kalau korang tengah lalui fasa ni, tolong jangan nafikan perasaan tu. Benarkan diri kita untuk rasa apa yang kita tengah rasa. Nak nangis? Nangis. Nak rehat sekejap untuk ambil mood? Silakan. Itu tak salah, malah itu hak diri kita.
Rahsia
Wajah Tenang Bermula Dari Hati
Ada orang tanya, macam mana sesetengah orang nampak sentiasa tenang dan bahagia? Jawapannya mudah apa yang terpancar pada wajah adalah refleksi rasa tenang dalam hati.
Bila hati kita damai, muka kita pun akan nampak sejuk mata memandang. Tapi macam mana nak dapat ketenangan tu kalau sekeliling kita penuh dengan energi negatif?
Biarkan
Mereka Dengan "Watak Jahat" Kita
Satu realiti hidup yang kita kena terima ialah, kita selalunya akan jadi “watak jahat” dalam cerita orang lain. Tak kisahlah betapa baik pun kita cuba jadi, dalam versi cerita mereka, kita tetap ada salahnya. Jadi, apa perlu kita buat?
* Abaikan energi negatif: Tak perlu bazir
masa dan tenaga untuk berdebat.
* Simpan penjelasan: Tak perlu terangkan
apa-apa pada mereka. Kadang-kadang, mereka sebenarnya dah ada jawapan sendiri
yang mereka mahu dengar.
* Simpan tenaga: Gunakan tenaga kita untuk perkara yang lebih berharga dan membahagiakan.
Mengaku
Had Diri
Kita kena sedar, kita ni manusia biasa.
Kudrat dan tahap pemikiran kita ada hadnya. Normal kalau kita perlukan
pertolongan orang lain bila tiba masanya. Buatlah sehabis baik ikut kemampuan
diri sendiri. Jangan paksa diri untuk puaskan hati semua orang sampai memakan
diri sendiri.
Jaga
Emosi, Jangan Jadi Tempias Pada Keluarga
Ini pesanan paling penting. Bila kita stres dengan orang luar, tolong jangan bawa balik toxic emosi tu ke rumah. Jangan sampai emosi marah pada orang lain, anak-anak pula yang jadi mangsa tempiasnya. Fokus pada kebahagiaan diri sendiri. Fokus pada keluarga kecil kita.
Ingat, orang yang kita tak suka tu mungkin tengah bahagia saja dengan hidup mereka. Mereka pun tak tahu apa yang kita tengah marah atau menyampah. Kalau kita simpan rasa benci tu dalam hati, kita yang rugi sendiri.
Sekali-sekala, jom kita reset semula niat dan fokus kita. Lepaskan apa yang kita tak boleh kawal dan pegang erat apa yang ada di depan mata. Semoga hati kita sentiasa dipenuhi ketenangan. Korang pula macam mana? Apa cara korang untuk kekal tenang bila ada orang cuba buat korang jadi "watak jahat"? Jom kongsi di ruangan komen bawah!



No comments: