Bagaimana Menjadi Isteri Yang Sempurna?
Pernah tak korang dengar cerita ibu-ibu super yang serba lengkap? Anak balik sekolah, nasi dan lauk dah siap atas meja. Rumah sentiasa berkilat. Kain baju tak pernah bertimbun.
Dulu, che kak selalu rasa bersalah. Jujurnya, realiti hidup che kak tak begitu. Sebagai seorang isteri, ibu, anak, pekerja, menantu dan adik-beradik, menuntut kesempurnaan dalam semua peranan ini adalah satu jalan menuju burn out.
Masak
Bersama Selepas Kerja
Bagi kami sekeluarga, waktu petang selepas balik kerja baru sempat nak masuk dapur. Menu ringkas sahaja. Tetapi yang mahal adalah momennya. Che kak dan suami masak bersama-sama.
* Anak-anak lambat sikit makan? Tak apa,
asalkan mereka kenyang.
* Jarang makan luar? Ya, kami simpan untuk
waktu meraikan sesuatu sahaja.
* Tak sempat teman anak buat kerja sekolah? Kadang-kadang memang tak menang tangan.
Waktu anak-anak masih kecil, penatnya Tuhan saja yang tahu. Nasib baik suami jenis memahami dan banyak membantu urusan rumah. Bila rasa burn out, saya minta ruang untuk healing dan jaga diri sendiri dulu.
Menjaga
Batas Dan Keupayaan Diri
Bukan sahaja dalam rumah tangga, dalam hubungan kekeluargaan lain pun kita kena tahu had diri:
* Adik-Beradik & Ibu Bapa: Bantu ikut
kemampuan. Kita tak mampu pikul semua benda seorang diri. Kuncinya adalah tolak
ansur.
* Ibu Bapa & Mentua: Hormat itu wajib,
tetapi menyeksa emosi sendiri itu pilihan sendiri. Perlu ada batas yang sihat
demi kesihatan mental kita.
* Kerja Pejabat: Urus masa dengan bijak. Tinggalkan kerja pejabat di pejabat. Rumah adalah tempat untuk keluarga.
Tiada
Yang Sempurna Manakala Bahagia Itu Kita Yang Pilih
Hidup ini bukan satu pertandingan untuk menentukan
siapa paling sempurna. Ia adalah tentang siapa yang berusaha sehabis baik
mengikut keupayaan sendiri, tanpa perlu membandingkan diri dengan hidup orang
lain. Kita tak perlu jadi perfect, kita cuma perlu jadi bahagia.



No comments: