Cerpen Apabila Taat Memakan Jiwa
Mak Kiah ditemui di dalam sebuah kereta yang hampir terjunam ke dalam gaung. Dalam keadaan ketakutan dan trauma, wanita tua itu hanya mampu merayu dengan suara yang menggigil.
“Jangan hantar saya balik…”
Bagi Rina, pegawai Jabatan Perlindungan Komuniti kes itu kelihatan seperti kes pengabaian warga emas biasa. Namun semakin dalam dia menyelami kehidupan Mak Kiah dan anak tunggalnya, Arfan, semakin dia menyedari bahawa luka sebuah keluarga tidak semudah yang disangka.
Arfan pernah menjadi kebanggaan orang kampung. Seorang guru yang dihormati, anak yang terlalu taat dan lelaki yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi ibunya.
Kerjaya. Cinta. Malah dirinya sendiri. Tetapi apabila ketaatan mula memakan jiwa, kasih sayang perlahan-lahan berubah menjadi penjara yang menghancurkan kehidupan. Di antara tanggungjawab, rasa bersalah dan luka yang dipendam bertahun-tahun, seorang anak akhirnya hilang arah dalam usahanya menjadi “anak yang baik”.
Apabila Taat Memakan Jiwa membawa pembaca menyelami realiti hubungan keluarga yang jarang diperkatakan tentang kasih yang melampau, pengorbanan yang tidak pernah dihargai dan harga yang terpaksa dibayar apabila seseorang terlalu takut untuk mengecewakan insan yang paling disayangi.
Boleh klik link ebook cerpen untuk pembelian dan mengetahui kisah selanjutnya.
![]() |
| Cerpen Apabila Taat Memakan Jiwa |



No comments: