Siapa Memandu Axia Merah Balik Kampung? Ini Kisah Diari Ramadan Kami

Alhamdulillah, hari ini kami sekeluarga dapat berbuka puasa bersama-sama di rumah. Perjalanan pulang kali ini bermula seawal selesai solat Subuh lagi. Syukur kepada Allah, apabila matahari mula menampakkan diri, kami sudah pun jauh di jalanan dan akhirnya selamat sampai ke destinasi. Suami dan anak-anak sempat menunaikan solat Jumaat di Kampung Banggol Lepah.
Sesampai sahaja di rumah, si 'Che Kak' apa lagi, terus tidur lena. Gayanya macam dia pula yang terpaling penat memandu kereta Axia merah kami! 🤪
Menu Iftar Hari Ini: Kurma Ayam & Nasi Kerabu Bazar
Untuk hidangan berbuka puasa, suami che kak rajin ke dapur memasak lauk kurma ayam berserta ikan masin yang dibeli khas dari Kedah. Manakala Kak Ilah pula teringin sangat nak makan nasi kerabu yang dipadankan dengan lauk ayam bakar berwarna merah. Memandangkan Umi korang ini bukannya rajin sangat nak memasak menu yang renyah dan rumit, kami putuskan untuk beli sahaja di bazar Ramadan terdekat.
Dalam perjalanan pulang ke rumah

Abang Aiman Jadi Pemandu Rasmi Sepanjang Cuti
Anak-anak memang teruja nak ke bazar. Alang-alang Abang Aiman ada di rumah, dapatlah mereka keluar membeli-belah dengan selamat. Jadi, sepanjang percutian ini, Abang Aiman lah yang secara rasminya digalaskan tugas menjadi pemandu adik-adiknya selepas mendapat 'tauliah' dan keizinan daripada Umi. 
Alhamdulillah,  tiada pembaziran berlaku dan tiada satu pun makanan yang terbuang ke dalam tong sampah.Sebelum mengundur diri, che kak nak tanya satu soalan. Boleh ke kita claim itu sebagai donut kalau kita cuma guna roti burger kosong, celup ke dalam coklat dan tak takut ke kena sumpah? 😂

No comments:

ads
Powered by Blogger.