Cerpen Monolog Seorang Menantu: Kasih Jadi Durhaka

 NOTA PENGARANG

Cerita ini diilhamkan daripada kisah benar seorang wanita iaitu rakan sepermainan saya semasa kecil. Namanya Khadija (bukan nama sebenar) tetapi kisahnya cukup untuk mewakili suara hati ramai wanita yang terperangkap antara kasih dan derita. Kisah Khadija bukan luar biasa, tetapi luka yang ditinggalkannya terlalu dalam untuk didiamkan.

Dia bukan sekadar watak rekaan. Khadija adalah simbol kepada setiap menantu yang pernah berjuang mencari kasih seorang ibu mentua tetapi akhirnya ditemukan dengan ujian yang tidak terjangka. Melalui perjalanannya, kita belajar bahawa kasih tidak selalu membawa bahagia dan redha tidak pernah mudah untuk dicapai.

Setiap dialog, emosi dan peristiwa di dalam novel ini diolah semula dengan keizinan tanpa mengubah inti sebenar perjalanan hidupnya. Semoga kisah Khadija menjadi cermin buat kita semua agar kasih yang kita beri tidak berubah menjadi durhaka yang membunuh perlahan.

NOTA UNTUK JIWA YANG MEMBACA: Kisah Khadija ini berat. Di dalamnya ada luka, tangis dan detik seorang wanita hampir tewas. Jika hatimu sedang rapuh, peluk dirimu dulu.  Baca apabila kamu sudah cukup kuat kerana di hujungnya, ada harapan.

Untuk pembelian boleh klik di Monolog Seorang Menantu: Kasih Jadi Durhaka  



No comments:

ads
Powered by Blogger.