Lagu Bayang Haluan ciptaan sendiri versi rock kapak

 Makcik belum move on lagu rock versi lirik sendiri🤪



Tajuk: Bayang Haluan


Mata terpaku pada cinta yang terlarang

Mengasyikkan jiwa malam yang panjang

Terindah dipandang menggoda iman

Bagaikan panah bisa menikam


Namun di dada tiada ketenangan

Gundah gulana datang berpanjangan

Seribu alasan dicari demi sebuah sayang

Hakikatnya nyata jalan kebinasaan


Tanpa cinta hati kan mati

Tiada kasih tiada sayang lagi

Hidup bagaikan hilang bayang diri

Tiada haluan tersesat di sini


Bunga dipuja akhirnya layu ke bumi

Hati manusia berbolak balik tak pasti

Cintakan Allah kekal dalam imanmu

Mengejar syurga redha yang dituju


Manusia dan cinta takkan terpisah

Tanamkan kasihNya di dalam jiwa

Tinggalkan larangan yang membawa musnah

Binalah cinta berkat yang abadi


Tanpa cinta hati kan mati

Tiada kasih tiada sayang lagi

Hidup bagaikan hilang bayang diri

Tiada haluan tersesat di sini


Menuju syurga Allah

Kerana Allah

Lupakan yang terlarang

Binalah cinta


#Hasliza

#chekak

#sunoai

#lagusukasuka



No comments:

ads
Powered by Blogger.