Ulasan Khadam: Filem Seram Slow-Burn Yang Menjadi Dan Wajib Tonton

Sebagai peminat tegar filem hantu dan seram, semakin hari semakin takde feel nak tengor cerita. 


Tak sama cerita seram dahulu kala. Pontianak dalam kebun jagung pun dah rasa seram meremang bulu roma.


Tengok hantu lompat-lompat pun bikin guna veto 'kak long' nak tidur tengah-tengah dihimpit adik bongsu dan nombor dua.


Filem sekarang ni banyak aksi yang ganas-ganas melibatkan senjata tajam dah mengalahkan movie kartel dadah dan gangster.


Asyik-asyik adegan potong-memotong, darah memancut dengan lambakan jump scare yang bingit telinga.


Banyak jump scare, visual dan bunyi yang mengejutkan muncul secara tiba-tiba. Seramnya tidak tapi rasa geram la pula. 


Suara hantu dah macam suara robot yang tak sempat nak tukar bateri energizer. 



Baik ku layan Hello Ghost, Coco dan Casper. 


Tengah scroll netflix ternampak filem Khadam dan agak mesti cerita tentang saka.


Eh, tak sangka pula. Seronok juga menontonnya. Memang membuatkan che kak terus melekat di depan tv sampai habis cerita.


Pelakonnya lima orang dan che kak kenal sorang sahaja iaitu Remy Ishak dan yang lain maaflah memang tak familiar.


Walaupun tak kenal barisan pelakonnya, kualiti lakonan mereka memang boleh dipuji kerana watak yang dibawa terasa menghidupkan suasana cerita.


Nak vibe seram tu tak semestinya kena ada darah memancut atau hantu melompat depan muka. Kadang-kadang, suasana yang sunyi, misteri yang perlahan-lahan terungkai dan konflik manusia sendiri pun dah cukup buat kita layan jiwa.


Kalau nak tengok suasana seram kampung tahun 1950-an dan konflik kekeluargaan, bolehlah layan sambil makan megi korea perisa cheese campur lada.


Ni kalau tok laki baca ni mesti kena perli kaw kaw punya. "Kecek besar, walhal tuan penakut hapah kuasa dua". 


Layan Oggy je la time tok laki takde. 🫣

No comments:

ads
Powered by Blogger.