Tanggungjawab Penulis: Kenapa Buku Agama Perlu Disemak Sebelum Diterbitkan?

Berani betul keluarkan buku agama tanpa disemak terlebih dahulu!

Sebagai seorang penulis, che kak sendiri selalu menulis pelbagai karya seperti cerpen. 

Walaupun ia sekadar 'cerpen santai' (atau orang kata, cerpen bodo sahaja), draf tersebut tetap akan disemak oleh suami terlebih dahulu. Mana-mana salah ejaan dan tatabahasa pasti akan ditegur dan disuruh dibaiki.

Kadang-kadang, memang timbul juga rasa risau. Takut ada plot atau isu yang tersasar sehingga boleh menimbulkan sensitiviti masyarakat.

Inikan pula karya berbentuk buku agama yang memuatkan ayat-ayat suci al-Quran, hadis serta hukum-hakam. Kesannya jauh lebih besar dan berat berbanding cerpen atau karya fiksyen umum.

Kenapa Penyemakan Itu Sangat Kritikal?

Bayangkan jika berlaku kesilapan pada ayat, tafsiran atau rujukan hukum di dalam buku. Ia boleh mengelirukan para pembaca yang memang berniat untuk belajar agama. Lebih membimbangkan, ada pembaca yang mungkin tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam untuk menyemak sendiri kesahihan fakta tersebut. Perkara ini bukanlah isu kecil. 

Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memandang serius perkara ini. 

Penerbit dan penulis diingatkan agar mematuhi garis panduan ketat dan memastikan setiap kandungan, terutamanya dipenuhi sebelum ia dicetak dan dipasarkan.

Pesanan Buat Kita Semua

Sebagai penulis, kita memikul amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Setiap patah perkataan yang dicetak akan menjadi rujukan orang ramai. Sebelum karya diterbitkan, pastikan ia melalui proses semakan yang teliti oleh mereka yang pakar atau pihak berautoriti.

Menulis ilmu agama ini ganjaran pahalanya besar, tetapi jika tersasar, dosanya juga boleh berpanjangan. Biar lambat (kerana perlu disemak), asalkan ilmu yang sampai itu tepat dan sahih.

Tanggungjawab penulis

No comments:

ads
Powered by Blogger.