Mesyuarat Pengurusan Krisis Dan Bencana PKMJ Kota Bharu Tahun 2026

Hari ini berkesempatan hadir mesyuarat pengurusan krisis dan  bencana.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan amanat puan PKMJ yang berwibawa.


Tak lengkap tanpa taklimat daripada Encik Dien sebagai Penyelaras Bencana yang bijaksana.


Sudah tentu disulami dengan soalan-soalan dari ahli mesyuarat tanda memberi sokongan yang tak terhingga.






Saban tahun banjir pasti melanda. Namun agensi dan jabatan sentiasa bersiapsiaga. 


Sekarang ni mangsa berpindah atau tidak perlu daftar dalam sistem MyIBJKM bagi memudahkan pendaftaran mangsa. 


Sebagai langkah awal, download siap-siap aplikasi di play store kerana mudah dan cepat bagi pihak jawatankuasa.


Apabila bencana melanda, bukan masa untuk menunding jari mencari salah siapa sahaja.


Sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga kerana itu yang utama. 


Jangan ambil kesempatan atas kesempitan kerana semuanya ujian buat kita.




No comments:

ads
Powered by Blogger.