Program Anjuran Yayasan Petronas Sempena Hari Deepavali 2026

 Baru berkesempatan nak menulis kisah malam hari Rabu yang lalu. 


Nak menulis ni ikut mood rajin dan idea selagi tak tepu. 


Che kak bersama 2 orang rakan sekerja dan boss hadir ke program anjuran Yayasan Petronas sempena Hari Deepavali yang berlangsung di Hotel Grand Riverview.


Penerima sumbangan yang melibatkan 3 jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu.


Persembahan pembukaan rasa macam kurang meriah tidak seperti Raya Tahun Baru China awal tahun yang lalu. 


Kali pertama tengok orang buat hiasan deepavali yang menggunakan beras hancur berwarna warni iaitu hijau, pink dan ungu.


Melambangkan kegembiraan, kemakmuran dan menyambut kedatangan Dewi bagi agama Hindu.


Majlis tidak lengkap tanpa ucapan aluan dari Yayasan Petronas dan perasmian oleh YB Dato' Hajah Rohani Ibrahim, Pengerusi Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga yang terkenal sikap lemah lembutnya bagaikan seorang ibu.


Penerima yang dirai turut menerima sumbangan berupa barangan makanan asas dan kuih maruku.


Sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban dan menggembirakan orang yang dirai sebagai tetamu.


Bak kata seorang pengiring, dapat datang ke hotel dan makan-makan pun mereka dah rasa seronok kerana ramai penerima dari kalangan warga emas dan OKU.


Mestilah ada makan-makan kan, semua sedap dan licin semua menu. 


Alhamdulillah selesai tugasan kami berdasarkan memo yang diberikan oleh Encik Ly, Penyelaras unit PW.


Dapat juga jumpa Mahsuri yang kurindui selalu.













No comments:

ads
Powered by Blogger.