Combo Bingkisan Jiwa
Ada ni haaa. Baru lepas kemas kini cerpen dalam platform myebook.com.my.
Tadi dapat email dah lulus e-ISBN Perpustakaan Negara Malaysia. Dah dapat nombor kod untuk 3 cerpen.
Alhamdulillah, duk godek cuba buat permohonan, akhirnya lulus juga.
Rasa lebih yakin dan semangat sikit macam profesional giteeww. Ambil vibe macam penulis sepenuh masa.
Buat masa ini che kak fokus online sahaja. Untuk buku fizikal belum lagi. Takut tak terbuat sebab komitmen masa. Lagipun che kak ni, rajinnya ada pasang surutnya.
Sempena ni, che kak ada buat promosi kombo. Link di komen. Meh la support che kak. Jimat tau ambil kombo ni. Jual satu-satu pun dah murah, ambil kombo ni lagilah murah!
COMBO BINGKISAN JIWA
Nikmati tiga kisah menyentuh jiwa yang mengupas sisi realiti kekeluargaan, pengorbanan dan keikhlasan dalam satu pakej kombo istimewa:
1️⃣ Monolog Seorang Menantu: Kasih Ternoktah
Bukan mudah melangkah masuk ke dalam sebuah keluarga baharu. Di sebalik senyuman, tersimpan luahan hati yang hanya mampu diluahkan dalam diam.
2️⃣ Singgang Daging Abang Long
Kadang-kadang, kasih sayang seorang abang tidak dizahirkan dengan kata-kata manis tetapi melalui pengorbanan kecil yang tidak dihargai.
3️⃣ Istikharah Cinta
Saat hati diuji, hanya sujud istikharah yang mampu memberi jawapan paling tenang.
📚 Kenapa wajib miliki Combo Bingkisan Jiwa?
✅ 3 kisah berasingan yang menyentuh jiwa & dekat dengan realiti
✅ Bacaan santai hujung minggu. Terus baca di telefon atau tablet
✅ Terbitan rasmi berdaftar dengan e-ISBN Perpustakaan Negara Malaysia






No comments: