Done Is Better Than Perfect: Kisah PNM dan E-Book
Hajatnya malam ni che kak nak edit cerpen-cerpen lain untuk permohonan e-ISBN dan PDP, tapi rasa malas dan penat pula.
Tadi ada e-mel yang meminta che kak mengemas kini maklumat deposit tersebut dalam sistem PNM.
Lepas lulus dan dapat nombor e-ISBN serta PDP, barulah kita masukkan maklumat itu ke dalam e-book, kemudian hantar salinan akhir.
Rupa-rupanya, nama fail PDF yang nak dihantar perlu diletakkan nombor e-ISBN. Jadi, che kak tunggu jawapan daripada pihak PNM dulu sama ada e-book sebelum ni perlu dikemas kini lagi atau tidak.
Waktu kerja tadi mengadap komputer sampai rasa macam nak masuk ke dalam skrin. Asyik semak nombor-nombor sampai lama-kelamaan rasa macam semuanya berterbangan depan mata.
Maklumlah, urusan duit atau hutang kerajaan ni bukannya boleh dibuat sambil lewa. Satu sen pun tetap amanah. Rehat dulu malam ni, esok-esok kita sambung lagi.
Berbalik kepada cerpen, che kak pun dah segan dengan founder platform myebook. Asyik tukar fail cerpen je. Yelah, kadang-kadang dapat idea nak tukar cover baru.
Lepas tu, baru perasan ada salah ejaan atau ayat. Baiki lagi. Nanti bila dah final dan lulus semuanya, barulah tak tukar dah kot 😆
Gitulah awok wei. Kalau kita terlalu memikirkan kesempurnaan, memang takkan sempurna selamanya. Bermulalah dengan sumber-sumber yang kita ada.
Orang kata, done is better than perfect. Go with the flow sahajalah hidup kita ni. (Ilir kei tu. Mesti tok laki bangga bini dio buleh speaking🤪🥱)



No comments: